Saturday 10 May 2014

Baby Adeena

Alhamdulillah. . dua hari lepas kami dah habis tempoh berpantang bagi orang Kelate. Masa berpantang selepas deliver Arissa, sempat juga buat entry Day by Day untuk Arissa. Sekarang untuk Adeena memang tak sempat nak buat. Jadi entry ni kira khas untuk Adeena ...

30 Mac 2014.

Pukul 9 pagi dah mula rasa mild contractions. Tapi makan sarapan dulu kenyang-kenyang.

Pukul 10 pagi masih rasa mild contractions cuma makin kerap. Rasa dah boleh ke hospital tapi Ayah nak tidokan Arissa dulu.

Pukul 11 pagi contractions makin kuat. Dah mula rasa tak tahan sakit. Nasib baik juga Arissa dah tido. Kami bersiap untuk ke Hospital.

Pukul 11.15 bertolak ke hospital.  Kakak, Abang dan Arissa tinggal kat umah ngan Mamatok dan Papatok. Che Su dan Che La pun ada. Diorang dah datang 4 hari sebelum. Dalam perjalanan ke hospital siap bole singgah stesen minyak beli barang walaupun sakit dah makin kuat.

11.30 tiba kat wad bersalin hospital Putrajaya. Ayah drop je kat depan wad sebab lepas tu dia nak cari parking... Masuk dalam, kat kaunter pendaftaran dengan muka kontrol sakit,  cakap kat nurse yang bertugas...."Misi.. saya dah sakit nak bersalin ni." Lepas daftar terus masuk utk pemeriksaan.  Sakit pun dah setiap 5 minit tapi baby tido pulak sampai doktor kena kejutkan.

Tak lama lepas tu air ketuban pecah.. terus je la kena tolak masuk labour room. Kat labour room tu ada dua orang nurse je sebab doktor tengah sibuk di labour room lain.  Baru je naik katil tetiba rasa macam nak push dah.. tapi nurse suruh tahan dulu sebab diorang belum ready pun.. mana bleh tahan dah.. sakit...

Beberapa minit lepas tu rasa nak push lagi. Doktor belum ada tapi dah tak tahan sangat jadi nurse pun cakap "ok la puan.. teran kuat kuat-kuat ye.."

Alhamdulillah. . 12.26 tengah hari .. puteri kami keempat selamat dilahirkan. Ayah pun tak sempat dipanggil masuk. Doktor masuk kemudian pun cuma untuk keluarkan uri dan jahit luka.

Day 1
31 Mac 2014

Bermalam semalaman di hospital. Selepas doktor check dan semuanya ok, kami dah boleh balik ke rumah.

Day 2 - Tunggu ayah jemput kami balik.

Day 3 - Lenanya dia

Adeena with her sisters and brother

Day 4 - Pagi sebelum Adeena admitted ke NICU 😢

Day 7 - Adeena dalam NICU lagi 😢


Day 10 - Alhamdulillah Adeena finally discharged from NICU

Day 11 - Balik KB

Adeena's first in flight experience

Day 13 - Adeena bertahnik

Adeena dah botak licin 

Day 35 - Adeena nak gi cucuk sebulan. . Waaaaa

5.2 kg !!!? 😄

Day 40 - Yeehaa.. dah merdeka 😁
P/S : Selamat hari jadi buat Ayah... Kami sayang Ayah... mmmmuaaah

Memories from Blogspot Posts

Salam 6 Ramadhan 144H It has been so long since my last post in this blog.  Nowaday, orang pun dah tak layan blogspot lagi. But then, as I w...