Tuesday 11 October 2016

Croatia - 2016

Zagreb, Croatia
19 - 24 September 2016

Alhamdulillah, syukur kerana mendapat peluang untuk ke Zagreb baru-baru ini. Pemergian ke sana adalah atas tiket untuk tugasan rasmi membentangkan kertas teknikal berkaitan kerja. Pada awalnya, saya agak keberatan untuk pergi apabila nama dicalonkan. Memikirkan persediaan yang perlu dibuat seperti kertas dan slide pembentangan yang perlu disiapkan dalam masa sebulan dan juga baby Aliya yang masih kecil,  ditambah untuk ke tempat yang sangat jauh seorang diri, saya menangis kerana rasa tidak mampu untuk melaksanakan tugas ini. 

Apabila tiba harinya, saya hanya mampu bertawakkal. Semoga Allah melindungi saya di sepanjang perjalanan. Perjalanan hari pertama juga sudah cukup mencabar dan menguji kesabaran kerana atas masalah teknikal, pihak Malaysia Airlines menukar pesawat pada saat-saat akhir menyebabkan sebilangan penumpang termasuk saya terpaksa menukar jadual dan penerbangan menaiki pesawat lain pada keesokkan harinya! Ok.. kene redha sahaja.

Perjalanan melalui udara yang memakan masa lebih 12 jam ke Heathrow untuk transit kerana tiada penerbangan terus menerus ke Croatia oleh Malaysia Airlines. Seterusnya saya menaiki British Airways untuk ke Zagreb yang memakan masa selama hampir 2 jam.




Saya tiba di Lapangan Terbang Pleso pada jam 11 pagi dan terus menaiki teksi untuk ke hotel penginapan iaitu Hotel Central. Kadar bayaran untuk penginapan di Hotel ini adalah 80 Euro untuk satu malam.

Setibanya di hotel dan selesai urusan daftar masuk, saya teru bergegas ke Esplanada Hotel di mana sesi rasmi berlangsung. 'Terima kasih' kepada Malaysia Airlines yang mengubah jadual penerbangan saya dan menyebabkan saya tiba di Zagreb sehari lewat daripada jadual asal dan terlepas sesi rasmi sebelah pagi. Saya cuba fikir positif,,, adalah hikmah disebalik kelewatan ini.

Usai sesi rasmi pada hari pertama pada jam 5 petang, saya terus sahaja pulang ke hotel kerana kepenatan.



Hari kedua. Saya membentangkan kertas teknikal saya pada hari ini. Rasa sangat gementar kerana pembentangan dibuat dihadapan hampir 60 delegasi dari 23 negara lain. Saya seorang sahaja wakil Malaysia. Tapi Alhamdulillah, pembentangan berjalan lancar dan mendapat respon positif daripada delegasi lain. LEGA..

Pada sebelah petang selepas selesai sesi hari kedua, saya menyertai city tour yang diatur oleh pihak penganjur. Kami semua dibawa berjalan mengelilingi bandar lama Zagreb yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. City tour mengambil masa hampir 3 jam tetapi rasa seperti sekejap sahaja kerana celoteh pemandu pelancong kami yang sangat menghiburkan.


















Memories from Blogspot Posts

Salam 6 Ramadhan 144H It has been so long since my last post in this blog.  Nowaday, orang pun dah tak layan blogspot lagi. But then, as I w...